Samseng FaceBook
create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday 8 January 2013

Lawak - Apabila Saksi Yang Bengap Di Soal Di Mahkamah

Nak dijadikan cerita di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Saturday 20 October 2012

status lawak di fb mengenai perlawanan akhir kelantan menentang atm


"ATM Kena menang jgk malam nie kalau kalah gaji gomen xleh keluar senin nie.. coz mesin ATM semua hancur jahanam org kerja kan.. huhuhuhu"

Thursday 18 October 2012

Apek Sambut Hari Jadi Leuniey


Gambar - Apek Sambut Hari Jadi Leuniey


Lagi cerita tentang Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmii Che Mat, tapi kali ini bukan pasal kerjayanya tetapi mengenai teman wanitanya itu.
Pada 13 Oktober yang lalu, kekasihnya yang terbaru, Leuniey Natasha telah menyambut ulang tahun kelahiran.
Melalui Instagram Leuniey, Apek dilihat telah membuat majlis kecil-kecilan bagi meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga.
Nampaknya hubungan mereka berdua ini tidak ada halangan dari keluarga masing-masing.
Apa lagi cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga ye supaya tidak ada lagi gosip-gosip liar mengenai mereka berdua ini.

Monday 15 October 2012

Rekaan Kipas Siling Yang Pelik (11 Foto)

Rekaan Kipas Siling Yang Pelik (11 Foto) | Kipas siling memang ada didatangkan dengan pelbagai rekaanantaranya rekaan dari Eropah contohnya. Namun rekaan seperti ini seperti biasa kita lihat. Kini di bawah ini terdapat pelbagai jenis koleksi kipas siling yang boleh dianggap pelik kerana ia menggunakan reka bentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Jom lihat gambar di bawah ini.




















Kipas siling ini memang pelik dan agak jarang sekali dilihat terutamanya di Malaysia. Namun demikian, kipas siling yang di atas ini pernah juga dilihat dipasang. Apa yang uniknya, kipas ini akan mengeluarkan bilahnya apabila ia dihidupkan.

credit to : melayu kini.net

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan


Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan | Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.


Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.
Kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat. Elakkan juga kita tidur terlalu dekat dengan kipas angin.

Saturday 13 October 2012

Psy Kenakan Bayaran Lebih RM2 Juta Kalau Nyanyi Lagu Gangnam Di Malaysia!

Macam nak tersembul bijik mata saya bila dapat tentang harga yang diletakkan oleh pihak pengurusan rapper Korea, PSY jika mahu dia mempersembahkan lagu Oppa Gangnam Style di negara ini.

Bayangkanlah untuk sebuah lagu itu saja dia minta harga USD750,000. Kalau ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, nilainya adalah RM2,295,000. Ya, ampun…
Tak sangka ya, nak suruh si PSY menyanyi sambil mempersembahkan tarian Oppa Gangnam Style pun nak kena bayar sampai lebih RM2 juta.
Mentang-mentanglah, Oppa Gangnam Style itu tengah jadik fenomena, harga yang dikenakan pun bukan main lagi cekik darah. Bayar Justin Bieber pun tak banyak tu…
Yang syoknya tu, bayaran sebanyak RM2,295,000 dikenakan hanya untuk sebuah lagu saja iaitu Oppa Gangnam Style. Kalau nak murah sikit, boleh. Tapi, PSY hanya muncul lambai-lambai dengan peminat sambil menyanyi lagu Oppa Gangnam Style tapi tak menari dan harga yang dikenakan lebih kurang RM1,989,000.
Haaaa…Kelas tak Psy.
Sebenarnya saya dapat tahu cerita ni daripada seorang rakan sebab dia dengan seorang lagi rakannya itu berhasrat untuk bawa masuk Psy ke Malaysia sempena projek Hari Belia.
Kononnya untuk projek Hari Belia itu nant, dia dengan rakannya mahu sangatlah si Psy ni perform Oppa Gangnam Style versi Malaysia.
Tapi, bila dapat tahu saja betapa mahalnya bayaran yang dikenakan pihak pengurusan Psy hanya untuk mendapatkan dia menyanyi serta menarikan lagu Oppa Gangnam Style itu, dia dengan rakannya terus senyap dan terkedu.
Sebab tahu, susah nak bawa masuk PSY dengan harga itu, kecuali kalau dapat cari penaja yang sanggup taja Psy ke sini. Tapi ada ker? Nampak gayanya, rakan Murai Batu itu tak mahu putus asa. Dia tetap nak cuba. Semoga berjaya…

creadit to: kaki bising dot com